Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TADBIR URUS HAL EHWAL AGAMA DITERUSKAN WALAUPUN DALAM KEKANGAN – MARZUK

DALAM NEGARA

TADBIR URUS HAL EHWAL AGAMA DITERUSKAN WALAUPUN DALAM KEKANGAN – MARZUK

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Tadbir urus hal ehwal Islam di peringkat persekutuan akan diteruskan meskipun berdepan kekangan ketika ini susulan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berada dalam tempoh rawatan selepas disahkan positif COVID-19.

Timbalan Menterinya, Ahmad Marzuk Shaary berkata beliau akan memastikan tadbir urus hal ehwal Islam berjalan lancar demi tanggungjawab kepada rakyat.

“Insya-Allah perjalanan urusan pentadbiran dan pengurusan jabatan dan agensi di bawah portfolio Hal Ehwal Agama akan diuruskan sebaiknya demi tanggungjawab kepada semua, walaupun dalam kekangan situasi sekarang,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.

Marzuk juga memaklumkan meskipun dalam tempoh rawatan, Zulkifli sempat meluangkan masa dihubungi beliau untuk berbincang mengenai beberapa perkara melibatkan urusan pentadbiran dan perancangan terdekat.

GAMBAR ARKIB

Menurut Marzuk, Zulkifli kini berada dalam keadaan yang sihat dan mendapat rawatan yang sebaiknya.

Dalam pada itu, Marzuk memaklumkan beliau sudah menjalani ujian saringan COVID-19 kali pertama pada 27 September lalu dan disahkan negatif.

Ujarnya sementara menunggu keputusan ujian saringan kali kedua, beliau akan kekal menjalani kuarantin kendiri di rumah. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading