Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAYA MASIH TIADA SIMPTOM COVID-19 – ZULKIFLI

DALAM NEGARA

SAYA MASIH TIADA SIMPTOM COVID-19 – ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Selepas disahkan positif COVID-19 pada Isnin 5 Oktober 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan beliau masih tidak mempunyai apa-apa simptom wabak berkenaan.

Perkara itu dimaklumkannya dalam satu sidang video bersama Mutfi Kedah, Datuk Fadzil Awang.

“Saya sebenarnya tiada simptom. Batuk tiada, demam tiada, sakit tekak tiada,” kata Zulkifli.

Dalam panggilan video ringkas itu, Fadzil sempat mendoakan agar Zulkifli diberikan kesembuhan seperti sediakala.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan seramai 90 individu termasuk kontak rapat Zulkifli disahkan negatif COVID-19.

Pun begitu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berkaitan masih mengenal pasti kontak rapat Zulkifli dan menjalankan penilaian risiko dan saringan yang diperlukan. — AlHijrah Online / Zaim Zamani


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading