Tag Archives: datuk dr noor hisham abdullah

COVID-19: MALAYSIA DIKEJUTKAN LAGI, 691 KES BAHARU

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu positif COVID-19 meningkat drastik dengan 691 kes sekaligus menjadi jumlah kes harian tertinggi setakat ini. Lebih mendukacitakan empat kematian akibat pandemik tersebut dilapor hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada empat kematian hari ini satu adalah di Pulau Pinang manakala tiga lagi kematian di Sabah. Seorang bayi perempuan berumur satu

Read more

COVID-19: 287 KES BAHARU, CIPTA REKOD KES HARIAN TERTINGGI

PUTRAJAYA: Dalam tempoh 24 jam sebanyak 287 kes baharu COVID-19 telah dikesan menjadikan jumlah kes harian tertinggi pernah dicatat sejak mulanya pandemik itu di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes itu hanya untuk penularan tempatan sahaja, dan menjadikan kes terkumpul sebanyak 11,771 dengan kes aktif sebanyak 1,540 kes. “Trend peningkatan ini yang Kementerian

Read more

COVID-19 MELONJAK DRASTIK KEPADA 260 KES

KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif baharu COVID-19 merekodkan pertambahan 260 kes hari ini sekali gus menjadi jumlah kes harian kedua tertinggi sejak Februari. Jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 11,484 dengan kes aktif sebanyak 1,334. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dari 260 kes baharu itu hanya satu kes import manakala selebihnya kes penularan tempatan. Menurut

Read more

COVID-19: KLUSTER JALAN MERU, JOO HWA, SELASIH, BAH KETIL DIKESAN

KUALA LUMPUR: Empat kluster baharu pandemik COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru (Selangor),  Kluster Joo Hwa (Sabah), Kluster Selasih (Putrajaya) dan Kluster Bah Ketil (Kedah). Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Selasih mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang mula bergejala dan demam sejak 25 September lalu. Kluster Bah Ketil pula

Read more

COVID-19: VIRUS MUTASI D614G DIKESAN DALAM KLUSTER SIVAGANGGA, ULU TIRAM

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengesan mutasi jenis D614G hasil ujian pengasingan dan kultur COVID-19 daripada kes Kluster Sivagangga dan Kluster Ulu Tiram. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan ujian melibatkan tiga kes daripada Kluster Sivagangga yang merupakan kontak rapat kepada kes indeks dan satu kes Kluster Ulu Tiram yang merupakan individu daripada Filipina. Jelas

Read more

PENINGKATAN KES COVID-19 MEMBIMBANGKAN

PUTRAJAYA: Situasi semasa COVID-19 di Malaysia kini membimbangkan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebelakangan ini jumlah kes harian meningkat terutama kes penularan di dalam negara. “Sebelum ini, jumlah kes aktif telah menurun kepada 63 kes pada 9 Julai, namun ia mula meningkat kembali melebihi 100 kes pada 19 Julai lalu “Kini angka tersebut mencecah 130 kes,”

Read more

DR NOOR HISHAM SEBAK UMUM KLUSTER SERI PETALING TAMAT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengumumkan kluster terbesar COVID-19 di negara ini iaitu kluster perhimpunan Seri Petaling diisytiharkan tamat. Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes positif COVID-19 pertama kluster ini dilaporkan di dalam negara pada 11 Mac 2020 seminggu selepas perhimpunan berakhir. “Kluster ini telah dikesan susulan satu perhimpunan keagamaan yang telah diadakan

Read more

TANGGUH PERHIMPUNAN ‘MASS-GATHERING’ – KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menggesa semua perhimpunan melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi membendung penularan COVID-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan pula dinasihatkan agar tidak hadir di program melibatkan orang ramai atau tempat padat, termasuk bagi aktiviti keagamaan. Katanya, individu bergejala juga dinasihatkan untuk

Read more

PETUGAS KKM GIAT JALANKAN SARINGAN COVID-19 DI MASJID SRI PETALING

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini giat menjalankan saringan COVID-19 di Masjid Sri Petaling sejak dua hari lalu, setelah seorang peserta perhimpunan tabligh diadakan di masjid itu pada 28 Feb lalu, disahkan positif virus itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasukan KKM mendapat kerjasama penuh daripada peserta, petugas dan pelajar yang terbabit. “Pegawai kesihatan kami dari Lembah Pantai

Read more

COVID-19: LAGI 10 KES POSITIF DILAPOR DALAM NEGARA – KP KESIHATAN

KUALA LUMPUR: Sepuluh kes baharu COVID-19 dilapor setakat 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di negara ini sebanyak 93 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.  Beliau berkata kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan lanjut. “Kontak-kontak rapat kes ini juga sedang dikenal pasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Pertambahan kes itu menjadikan

Read more