COVID-19: KES BAHARU TURUN KEPADA 970 KES

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu positif COVID-19 turun mendadak hari ini kepada 970 kes berbanding semalam 2,188 kes.

Negeri Sembilan menjadi negeri yang mencatatkan kes tertinggi dengan 318 kes diikuti Sabah 293 kes, Selangor 115 kes, dan Perak 80 kes.

Sebahagian besar kes di Negeri Sembilan daripada penjara iaitu Kluster Bakti dengan 301 kes.

Pertambahan kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 59,817.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah 2,348 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 46,501.

Image

Dr Noor Hisham turut memaklumkan empat kematian baharu hari ini dan angka korban COVID-19 keseluruhan di Malaysia meningkat kepada 345 kes.

Lima kluster baharu dilaporkan hari ini dan tiga kluster diumumkan tamat. — AlHIjrah Online

Leave a Reply