AGONG ANUGERAH PINGAT PANGLIMA GAGAH BERANI KEPADA DUA ANGGOTA PGA

GAMBAR ARKIB

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah berkenan untuk menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari.

Kedua-dua anggota terbabit terlibat dalam kejadian berbalas tembakan di pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi Selasa yang telah mengorbankan mendiang Sarjan Baharuddin manakala Sarjan Norihan cedera parah.

Perkenan anugerah oleh Al-Sultan Abdullah itu diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya bagi pihak kerajaan menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda menganugerahkan pingat PGB kepada kedua-dua anggota terlibat

“KDN juga memperakukan supaya mendiang Koperal Baharuddin dan Koperal Norihan untuk dinaikkan pangkat kepada Sarjan,” katanya. —AlHijrah Online / Zaim Zamani

Leave a Reply