Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

COVID-19: KLUSTER JALAN MERU, JOO HWA, SELASIH, BAH KETIL DIKESAN

DALAM NEGARA

COVID-19: KLUSTER JALAN MERU, JOO HWA, SELASIH, BAH KETIL DIKESAN

KUALA LUMPUR: Empat kluster baharu pandemik COVID-19 dikenal pasti iaitu Kluster Jalan Meru (Selangor),  Kluster Joo Hwa (Sabah), Kluster Selasih (Putrajaya) dan Kluster Bah Ketil (Kedah).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Selasih mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah, melibatkan seorang lelaki berusia 37 tahun yang mula bergejala dan demam sejak 25 September lalu.

Kluster Bah Ketil pula turut melibatkan individu yang mempunyai perjalanan ke Sabah, dan mula bergejala batuk dan sakit otot pada 24 September.

Manakala bagu Kluster Joo Hwa, melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang mula demam dan batuk sejak 14 September dan disahkan positif pada 20 September.

Untuk Kluster Jalan Meru ia melibatkan lelaki tempatan berumur 30 tahun, yang dikesan positif pada Isnin lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading