Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SABAH KUATKUASA KAWALAN RENTAS DAERAH

DALAM NEGARA

SABAH KUATKUASA KAWALAN RENTAS DAERAH

KUALA LUMPUR: Kerajaan menguatkuasakan Kawalan Rentas Daerah di seluruh Sabah, mulai 3 Oktober hingga 16 Oktober.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun kawalan rentas daerah dilaksanakan, perkhidmatan perlu seperti bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain, masih dibenarkan.

Tambahannya, mereka yang menjalani kuarantin dan akan tamat tempoh kuarantin, akan dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau ke semenanjung, Sarawak dan Labuan, sepanjang tempoh ini.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuat kuasa seperti biasa,” katanya.

Dalam kenyataan Ismail Sabri, sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan oleh kerajaan negeri Sabah melalui Jawatankuasa Bencana Alam Covid-19 Sabah yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu Sarawak umum larangan kemasukan individu dari Sabah, Labuan dalam tempoh dua minggu mulai 4 Oktober ini sebagai langkah mencegah penyebaran pandemik COVID-19 di negeri itu. -AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading