JAKIM KOMITED BANTERAS ‘TOK BOMOH’ ATAU USTAZ PALSU

Berubat Dengan Bomoh Untuk Lupakan Kekasih Lama - Kashoorga

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terus menzahirkan komitmen untuk mengekang aktiviti ‘tok bomoh-tok bomoh’ atau ‘ustaz-ustaz palsu’ yang menggunakan nama perubatan Islam, dan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarahnya, Datuk Paimuzi Yahya berkata antara usaha yang dilakukan oleh JAKIM adalah dengan meramaikan pengamal-pengamal pengubatan Islam yang sebenar.

Melalui kerjasama Darul Quran JAKIM dengan Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’), para pelajar Darul Quran yang menyertai Kursus Perawatan Islam dapat mengaplikasikan ayat-ayat al-Quran yang sudah dihafaz dengan tujuan pengubatan Islam melalui ruqyah syar’iyyah.

BERNAMA on Twitter: "Jamil Khir Baharom rasmi sambutan Jubli Emas dan  Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Darul Quran JAKIM.… "
Istiadat Konvokesyen kali ke-25 Darul Quran JAKIM.

Kenyataan Datuk Paimuzi ini bertepatan dengan Majlis Pengijazahan Perubatan & Pengubatan Islam Darussyifa’ dan Majlis Penganugerahan Darul Quran akan diadakan di Dewan Muktamar Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, Sabtu ini.

Majlis itu akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, dan seramai 80 orang peserta Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran akan diraikan.

Di samping acara pengijazahan kepada para peserta Kursus Perawatan Islam Darussyifa’-Darul Quran, turut akan berlangsung pelancaran buku terbitan Darul Quran yang bertajuk: Sejarah & Perkembangan Pendidikan Tahfiz Al-Quran di Malaysia: Edisi 2.

Majlis tersebut juga akan menyaksikan penyampaian Anugerah-Anugerah Kecemerlangan Darul Quran, Sijil ISO 9001:2015 dan MS1900:2014 bagi Sistem Pengurusan Kualiti serta Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah oleh pihak SIRIM.—AlHijrah Online

Leave a Reply