KUALA LUMPUR: Hotel patuh syariah milik Lembaga Tabung Haji (TH), Movenpick Hotel & Convention Center (MHCC) KLIA telah menerima dua pengiktirafan sebagai penginapan mesra muslim dan hartanah mesra alam.
Pengurus Besar Pelaburan Strategik TH, Muhammad Fawwaz Aminuddin berkata kejayaan MHCC diharap dapat menarik minat rakyat Malaysia kepada keunikan seni bina berunsur Islam di negara ini.
“MHCC adalah sebuah permata tersembunyi milik TH. Kami berharap dua anugerah ini akan membuka mata rakyat Malaysia kepada keunikan seni bina berunsur Islam di negara kita di samping menikmati kemudahan hospitaliti dan perkhidmatan bertaraf lima bintang,” katanya.
Menurut kenyataan TH, kemenangan hotel ikonik ini jelas membuktikan tahap reka bentuknya yang bukan sahaja unik tetapi berdasarkan kelestarian tinggi, serta pencapaian perkhidmatan yang menyerlahkan kedudukan MHCC di dalam industri perhotelan negara.
Jelas kenyataan TH hasil seni bina arkitek terkemuka dunia Hijjas Kasturi, MHCC telah memenangi kategori Platinum dalam pensijilan Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) pada 3 September 2020 lalu.
Hotel berkonsepkan patuh syariah itu juga dinobatkan sebagai Bangunan Komersil Hijau Baharu Terbaik oleh Malaysia Green Buildings Council (MGBC) pada 15 September 2020.
MHCC diiktiraf sebagai hotel mesra muslim berikutan kelengkapan dan fasiliti patuh syariah selain mempunyai restoran-restoran halal berserta cef-cef yang diiktiraf dan menawarkan maklumat tentang lokasi-lokasi masjid.
Hotel itu juga turut menawarkan kolam renang berasingan (bagi keluarga dan satu lagi bagi wanita khususnya); kemudahan gimnasium dan spa berasingan; petunjuk arah kiblat yang jelas dan tepat; serta menyediakan sejadah dan Al-Quran di setiap bilik penginapannya.
Sejak 2018 MHCC digunakan sebagai kompleks haji dan stesen berlepas jemaah haji tanah air.
Kedudukannya yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) memberi nilai tambah kepada pengunjung hotel sekali gus meningkatkan lagi faktor kemudahan pengangkutan. — AlHijrah Online.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked