Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROTES BERTERUSAN DI INDONESIA SELEPAS ANGGOTA PARLIMEN BATALKAN RANG UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA

DUNIA

PROTES BERTERUSAN DI INDONESIA SELEPAS ANGGOTA PARLIMEN BATALKAN RANG UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA

Kemarahan terhadap Presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joko Widodo dan penyokongnya belum reda sepenuhnya di Indonesia pada Jumaat, meskipun selepas ahli parlimen membatalkan draf Rang Undang-Undang Pilihan Raya yang boleh mengukuhkan pengaruh presiden itu selepas beliau mengundur diri daripada jawatan itu pada Oktober.

Protes berterusan pada Jumaat dengan orang ramai berhimpun di suruhanjaya pilihan raya kebangsaan -foto AFP

JAKARTA: Kemarahan terhadap Presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Joko Widodo dan penyokongnya belum reda sepenuhnya di Indonesia pada Jumaat, meskipun selepas ahli parlimen membatalkan draf Rang Undang-Undang Pilihan Raya yang boleh mengukuhkan pengaruh presiden itu selepas beliau mengundur diri daripada jawatan itu pada Oktober, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ahli parlimen mengumumkan pada lewat Khamis bahawa mereka memutuskan untuk menggugurkan langkah itu selepas ribuan orang turun ke jalanan membantah draf undang-undang yang dikatakan akan merendahkan prinsip-prinsip demokrasi dan pilihan raya yang kompetitif.

Protes berterusan pada Jumaat dengan orang ramai berhimpun di suruhanjaya pilihan raya kebangsaan di Jakarta.

Rang undang-undang kontroversi itu diperkenalkan sehari selepas Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan bersejarah pada Rabu.

Mahkamah tertinggi itu melonggarkan peraturan untuk pilihan raya wilayah, membenarkan parti-parti kecil dan lebih ramai calon peluang yang lebih besar untuk bertanding.

Sebelum ini, parti politik atau gabungan perlu memegang sekurang-kurangnya 20 peratus kerusi di dewan perwakilan wilayah atau memperoleh 25 peratus undi popular untuk mengemukakan calon, yang memberi manfaat kepada parti-parti yang bersekutu dengan Joko dan penggantinya, bekas jeneral Prabowo Subianto.

Namun pada Khamis, ahli parlimen di Parlimen yang didominasi oleh penyokong Joko, mula berusaha untuk mengemukakan satu rang undang-undang bagi membatalkan sebahagian daripada keputusan mahkamah.

Langkah itu menerima kecaman dan mencetuskan protes di seluruh negara.

Seorang anggota kanan Parlimen berkata lewat Khamis bahawa rang undang-undang itu telah dibatalkan.

“Oleh kerana rang undang-undang pilihan raya wilayah belum menjadi undang-undang, keputusan Mahkamah Perlembagaan akan diguna pakai,” kata Timbalan Speaker Parlimen Sufmi Dasco Ahmad kepada pemberita. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading