MENDAPAN PERNAH BERLAKU DI LOKASI SAMA INSIDEN TANAH JERLUS – KETUA POLIS KL
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mendapan pernah dilaporkan berlaku tahun lepas di lokasi sama insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini hari ini.
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kini giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong. – Bernama
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mendapan pernah dilaporkan berlaku tahun lepas di lokasi sama insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini hari ini.
Beliau berkata mendapan itu bagaimanapun sudah dibaiki oleh pihak yang berkaitan.
Berhubung insiden seorang wanita warga India dikhuatiri tertimbus pagi tadi, Rusdi berkata usaha mencari mangsa perlu dilakukan dengan perancangan rapi.
“Kita lakukan proses mencari dan menyelamat secara berperingkat kerana Indah Water Konsortium mempunyai pelan mereka dan di dalam sana terdapat aliran air yang deras.
“Saya dimaklumkan jika air ditutup, akan berlaku banjir di kawasan ini… jadi kita perlukan strategi menerusi nasihat Jabatan Bomba dan Penyelamat,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Rusdi berkata semakan mendapati mangsa berusia 48 tahun itu masuk ke negara ini untuk melancong sejak dua bulan lepas bersama suami dan beberapa individu lain serta dijangka pulang ke negara asal esok.
Beliau berkata pihak kedutaan India sudah dimaklumkan mengenai insiden itu dan diminta supaya melanjutkan tempoh visa mangsa serta keluarganya.
Mengenai arahan menutup operasi perniagaan di kawasan sekitar, Rusdi berkata para peniaga telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan itu buat sementara bagi tujuan keselamatan.
Beliau juga berkata insiden itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup dan memaparkan mangsa sedang berjalan sebelum terjatuh.
Rusdi berkata ada saksi yang melihat insiden itu namun memaklumkan tidak melihat sebarang pergerakan selepas mangsa terjatuh.
Terdahulu, pasukan penyelamat mengorek kawasan mendapan dengan mesin jengkaut milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan disewa daripada pihak swasta.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata langkah itu bagi meluaskan kawasan pencarian mangsa dalam insiden itu.
JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.22 pagi dan mengesahkan bahawa seorang pelancong wanita India telah terperangkap. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked