DAFTAR KAHWIN PELARIAN ISLAM ANTARA DIBINCANG MESYUARAT MKI KE-72
“(Apabila) anak (mereka) lahir dan duduk di Malaysia, timbul masalah sosial. Jadi, di situ ada keperluan untuk memastikan perkahwinan mereka ini didaftarkan di negara kita,”
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah (tengah) berkenan bergambar bersama ahli-ahli Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-72 hari ini. Turut sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (lima, kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (lima, kanan). –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pendaftaran perkahwinan bagi pelarian beragama Islam di negara ini antara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) ke-72 di sini, hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kertas cadangan melibatkan pelarian Rohingya, Syria dan Palestin itu dibawa secara bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kita dimaklumkan ada sekitar 190,000 pelarian di negara kita…contohnya antara (pelarian) Rohingya, mereka ini berkahwin tetapi tidak ada dokumen perkahwinan.
“(Apabila) anak (mereka) lahir dan duduk di Malaysia, timbul masalah sosial. Jadi, di situ ada keperluan untuk memastikan perkahwinan mereka ini didaftarkan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selaku Pengerusi MKI dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Pengerusi MKI.
Bagaimanapun, Mohd Na’im berkata mesyuarat itu menangguhkan perbincangan berkaitan pendaftaran perkahwinan pelarian berkenaan atas faktor isu sensitif khususnya dalam konteks keselamatan.
Beliau berkata kertas cadangan mengenai perkara itu akan dibawa semula ke mesyuarat MKI akan datang yang dijangka berlangsung pada November atau Disember ini.
“Keputusan mesyuarat tadi supaya kertas cadangan itu ditangguhkan untuk diharmonikan (dan) tengok daripada semua aspek termasuk keselamatan…sebab selepas perkahwinan didaftarkan, mereka (pelarian) akan layak untuk terima sesuatu keistimewaan.
“Selepas MKI berikan persetujuan, (perkara itu) akan dibawa ke Majlis Raja-Raja untuk dapat perkenan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Na’im berkata enam individu dilantik sebagai ahli MKI dalam mesyuarat hari ini antaranya Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Majlis Pimpinan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) Tan Sri Azman Mokhtar dan Ahli Dewan Negara Datuk Salehuddin Saidin.
Beliau berkata mereka yang dilantik itu memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing seperti ekonomi dan undang-undang bagi mengukuhkan peranan MKI. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager