KUALA LUMPUR: Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 kepada 8.5 juta penerima akan bermula Khamis depan.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) penerima akan menerima bayaran hingga RM650 mengikut kategori masing-masing dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.7 bilion.
Pembayaran pada 29 Ogos ini melibatkan penerima sedia ada manakala bayaran kepada penerima baharu dan rayuan akan bermula 18 Sept ini.
“Penerima sedia ada dan penerima baharu atau rayuan yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 3 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank.
“Bayaran STR kepada penerima yang tiada akaun bank akan disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat,” menurut kenyataan itu.
MOF memaklumkan bermula 2024 kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat bantuan kerajaan.
Sehubungan itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.
“Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan,” menurut kenyataan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan menerusi Belanjawan 2024 telah mengumumkan peruntukan STR ditingkatkan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus daripada RM8 bilion pada 2023 kepada RM10 bilion yang memanfaatkan penerima yang meliputi hampir 60 peratus penduduk dewasa Malaysia.
Semakan status kelayakan STR bermula pada 29 Ogos ini dan soalan lazim boleh didapati di portal rasmi STR di pautan bantuantunai.hasil.gov.my.
MOF juga menasihati penerima STR untuk sentiasa berwaspada dengan pautan tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.
“Sebagai perlindungan daripada kes penipuan (scam), MOF tidak membuat penghantaran SMS (sistem pesanan ringkas) dan mesej WhatsApp meminta maklumat peribadi,” menurut kenyatan itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager