KUALA LUMPUR: Penduduk di Gaza berasa tersisih di tengah serangan berterusan Israel ke atas wilayah yang terkepung, kata seorang sukarelawan Palestin, Dr Tareq M. Altalmas dan menyeru penyelesaian konkrit untuk mengakhiri “genosid” berkenaan.
Penyelaras Misi Keamanan Global Malaysia (GPM) di pusat kemanusiaan di Gaza itu menegaskan bahawa masyarakat antarabangsa perlu memberi tumpuan ke arah menghentikan kekejaman Israel melalui usaha diplomasi.
“Malangnya, belum ada tindakan yang jelas dilakukan berhubung perkara ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.
Tareq berkata ia menyayat hati apabila menyaksikan kain kafan antara barangan yang dibawa oleh masuk trak bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui lintasan Rafah baru-baru ini.
“Ia menyayat hati untuk menghantar kain kafan, (Seolah-olah) mereka menunggu kita mati namun perkara yang paling diperlukan ketika ini ialah kain kafan,” katanya sambil menjelaskan bahawa 20 trak yang membawa bantuan kemanusiaan itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan seluruh penduduk Gaza.
“Ini bermakna setiap orang di Gaza akan mendapat 0.0000084 kotak makanan. Pada hari biasa, 500 trak memasuki Gaza, dan sekarang sudah 23 hari berlalu tanpa sebarang bantuan,” katanya.
Tareq dan pasukannya memberi tumpuan membekalkan keperluan asas seperti makanan, air, dan kit kebersihan kepada mangsa yang cedera dan mereka yang hilang tempat tinggal di Bandar Gaza, kem pelarian al-Nusairat di tengah-tengah Semenanjung Gaza, dan Khan Yunis di selatan Gaza.
Selain bekalan perubatan, Tareq menekankan bahawa bahan api juga antara keperluan yang mendesak pada masa ini bagi memastikan satu-satunya loji janakuasa elektrik di Gaza terus berfungsi.
Seterusnya ia akan membantu hospital beroperasi, membolehkan kedai roti menghasilkan roti dan membolehkan pusat penapisan air memproses air untuk diminum.
Beliau berkata bahawa sebuah hospital Indonesia telah menutup penjana elektrik utama dan kini bergantung kepada penjana elektrik yang lebih kecil. Ini bermakna hanya sebahagian kecil hospital dapat beroperasi disebabkan kekurangan bahan api.
Operasi pembedahan pula dilakukan di koridor-koridor hospital tanpa keperluan minimum seperti pensterilan alatan bedah atau anestetik.
“Terlalu banyak perkara diperlukan sebenarnya, kami sebagai organisasi kemanusiaan tidak dapat mencari makanan di pasar-pasar untuk dibekalkan kepada pelarian di sekolah-sekolah,” katanya.
Tareq juga menekankan keperluan membenarkan lebih ramai mangsa yang cedera masuk ke Mesir bagi menerima rawatan yang lebih baik, kerana hanya sejumlah kecil yang dibenarkan masuk ke negara itu baru-baru ini.
“Pada mulanya, mereka membenarkan kemasukan 80 orang yang cedera, namun 10 daripadanya terpaksa pulang ke Gaza kerana tidak mempunyai pasport. Sebahagian daripada 10 pesakit itu telah meninggal dunia disebabkan kecederaan mereka.
“Ramai mangsa dibawa ke hospital dari kediaman mereka yang telah ranap, jadi kebanyakan pasport berada di bawah runtuhan. Kami mempunyai puluhan ribu pesakit yang cedera dengan sektor perubatan yang lumpuh,” katanya.
Tareq berkata serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia pada Rabu memburukkan keadaan kerana kem itu menjadi kediaman sementara bagi kebanyakan penduduk Gaza yang hilang tempat tinggal sejak ia ditubuhkan pada 1648.
Beliau berkata walaupun serangan itu orang ramai kekal berada di kem kerana tiada lagi tempat yang selamat di Gaza dengan operasi darat Israel telah memisahkan Gaza menjadi dua bahagian iaitu selatan dan utara, sekali gus menghalang orang ramai daripada berpindah.
Seramai 9,061 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Okt, dengan lebih 32,000 cedera manakala lebih 2,060 masih hilang, kebanyakannya dipercayai tertimbus di bawah runtuhan..
Data kerajaan juga menunjukkan bahawa lebih 1.5 juta rakyatnya hilang tempat tinggal, dan lebih 200,000 unit kediaman musnah, termasuk 212 sekolah, 52 masjid dan tiga gereja, katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked