RANCANG AWAL PEMBELIAN DAN PENGEPOSAN, FOKUS IBADAH MENJELANG HARI WUKUF
Jemaah haji disaran untuk merancang pembelian dan mengepos barangan lebih awal semasa berada di Tanah Suci bagi memastikan kelancaran urusan ibadah, khususnya menjelang Hari Wukuf selain untuk keselesaan jemaah semasa perjalanan pulang ke tanah air.
MAKKAH: Jemaah haji disaran untuk merancang pembelian dan mengepos barangan lebih awal semasa berada di Tanah Suci bagi memastikan kelancaran urusan ibadah, khususnya menjelang Hari Wukuf selain untuk keselesaan jemaah semasa perjalanan pulang ke tanah air.
Pengurus Perkhidmatan Luar Lembaga Tabung Haji (TH) Mohamad Zamry Mohd Noor berkata seperti musim haji sebelum ini, kebanyakan jemaah cenderung membeli buah tangan dan cenderahati pada saat akhir sedangkan tempoh itu seharusnya ditumpukan sepenuhnya kepada ibadah terutama semasa Masyair.
“Jemaah haji digalak untuk terus menghantar barangan dibeli ke kaunter pengeposan disediakan di lobi bangunan penginapan tanpa perlu membawa naik ke bilik. Langkah ini dapat mengelak kesesakan ruang bilik yang boleh menjejaskan keselesaan selain tidak akan terlalu penat ketika pulang ke tanah air.
“Bayangkan jika jemaah bawa lebih 10 kilogram (kg) seperti mengangkat kampit beras. Perjalanan dari tempat penginapan ke lapangan terbang, termasuk menaiki tangga dan menyusun bagasi ke kabin pesawat, sangat membebankan. Akhirnya, jemaah keletihan ketika tiba di tanah air,” katanya ketika ditemui media di sini baru-baru ini.
Beliau berkata setakat 18 Mei, lebih 85,000 kg barangan jemaah telah dipos ke tanah air sejak 29 April, dengan anggaran kos mencecah 1.5 juta Riyal Saudi.
Selain itu, Mohamad Zamry berkata jemaah juga boleh menghantar naskhah al-Quran melalui perkhidmatan pos dengan setiap naskhah dibungkus dan dilekatkan pelekat khas, serta dikendalikan secara berasingan bagi memastikan ia selamat dan terpelihara.
“Mengikut perjanjian antara Tabung Haji dan syarikat penghantaran barangan, setiap bungkusan dilindungi jaminan takaful serta dijamin sampai ke Malaysia. Sekiranya berlaku kehilangan, syarikat penghantaran bertanggungjawab membayar ganti rugi kepada jemaah haji.
“Bagi barangan bernilai melebihi RM1,000, jemaah juga boleh memilih untuk mengambil perlindungan insurans tambahan dengan membuat bayaran kepada syarikat penghantaran berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Zamry mengingatkan jemaah untuk tidak mengepos air Zamzam yang dikategorikan sebagai barangan larangan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Terdapat segelintir jemaah pada musim-musim haji terdahulu yang cuba menghantar air Zamzam dalam botol kecil melalui penghantaran kargo tanpa pengetahuan pihak pengendali dan tindakan ini akhirnya menyebabkan barangan mereka ditahan atau tidak sampai ke Malaysia,” katanya.
Pada musim haji tahun ini, TH meluluskan lima syarikat logistik, termasuk anak syarikatnya TH Travel & Services Sdn Bhd, Post Malaysia Berhad, FGV Transport Services Sdn Bhd, MASkargo dan Logistics Sdn Bhd dan KTH Logistics Sdn Bhd untuk menyediakan perkhidmatan pengeposan barangan jemaah haji di Tanah Suci.
Di Madinah, perkhidmatan itu disediakan di Hotel Saja Al Madinah, Hotel Emaar Royal dan Anwar Al Madinah Movenpick, manakala di Mekah ia ditawarkan di Abraj Al Janadriyah, Qasar Janadriyah, Rehab Janadriyah, Abraj Al Tayseer, Diary Al Saad, Land Premium dan Al Fajar Al Badee 5. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked