RANG UNDANG-UNDANG KAWAL PRODUK TEMBAKAU TIDAK JEJASKAN EKONOMI NEGARA
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan pihaknya, industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada temu bual khas dengan media mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Kementerian Kesihatan di sini semalam. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) atau individu lahir 1 Jan 2007 dan seterusnya bebas merokok, tidak akan menjejaskan ekonomi negara.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan pihaknya, industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Katanya kehilangan produktiviti negara akibat rokok adalah lebih tinggi berbanding kesan kepada ekonomi, jika dilihat dari segi keilatan.
“Bermakna mereka yang terlibat dalam industri rokok adalah kecil. Jumlah pasaran rokok akan semakin mengecil secara berperingkat iaitu bermula yang lahir 2007, 2008, 2009 dan seterusnya…ia akan ambil masa lama sebelum pasaran itu sangat kecil (mungkin) ia akan ambil masa 20 hingga 30 tahun.
“Kalau sekarang sudah 18 tahun ke atas, boleh hisap rokok (sebelum rang undang-undang itu dikuatkuasakan). Ia tak akan sebabkan kesan secara terus kepada ekonomi kerana ia dikuatkuasakan secara berperingkat, setiap tahun bertambah (individu) tidak boleh merokok tetapi yang sedia merokok akan kekal beli produk rokok,” katanya dalam temu bual khas dengan media mengenai rang undang-undang itu di sini.
Rabu lepas, beliau membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang memperuntukkan larangan kepada individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi menerusi pertemuan sebelum ini untuk menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang akan menyemak semula rang undang-undang itu.
“PSC itu minta supaya ada tempoh penilaian mandatori, …saya bagi jaminan kami buat jawatankuasa bebas yang akan semak undang-undang ini dan akan bentang laporan tentang keberkesanan undang-undang ini sebelum GEG dikuatkuasakan pada 2025.
“Saya beri jaminan jawatankuasa ini ditubuhkan dan dilaporkan kepada Parlimen dan bukannya KKM. Selain itu, 10 tahun selepas GEG dilaksanakan, jawatankuasa ini akan buat semakan sekali lagi kalau perlu dipinda akta dan sebagainya,” katanya.
Khairy dijadual membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin ini manakala sesi perbahasan serta penggulungan bagi rang undang-undang berkenaan pada hari berikutnya.
Menurut rang undang-undang itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Selain itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang membeli produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Mengenai kaedah penjualan semua jenis produk rokok, Khairy berkata KKM akan mengadakan libat urus dengan golongan peniaga runcit bagi membincangkan mekanisme terbaik mengenai perkara itu.
“Ada beberapa mekanisme dipertimbangkan KKM seperti kod QR, bacaan kad pengenalan untuk ada aplikasi membeli produk rokok…sesuatu yang mudah dan tidak menyusahkan penjual dan pembeli. Bagi kawasan yang tiada capaian internet, mungkin peniaga perlu tengok kad pengenalan pembeli,“ katanya.
Bagi penjualan produk rokok serta vape secara dalam talian pula, beliau berkata ia tidak dibenarkan sekiranya Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 berkuat kuasa namun pihaknya akan terus menjalankan pemantauan.
“Dengan adanya rang undang-undang ini memang tidak boleh jual secara dalam talian, vape ataupun rokok. Jadi dengan rang undang-undang ini memang lebih mudah untuk kita cepat ambil tindakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya kerana ia menjadi satu kesalahan…kita boleh sekat,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked