SIKAP TIDAK PEDULI MASALAH PENDENGARAN ANTARA PUNCA WARGA EMAS NYANYUK
Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia).
KOTA BHARU: Sikap kurang ambil peduli terhadap masalah pendengaran pada peringkat awal dalam kalangan warga emas menyebabkan golongan itu berisiko menghidap penyakit nyanyuk (dementia).
Ketua Pegawai Eksekutif Eartistic Sdn Bhd Dr Nur Shasa ‘Ain Abdul Aziz berkata masalah pendengaran juga menyebabkan golongan itu kurang berkomunikasi, rasa terasing, kecewa, tidak yakin dan sukar bersosial.
“Gangguan ini berlaku secara beransur-ansur mengikut tahap serta bacaan desibel terhadap frekuensi bunyi dan ia boleh bersifat kekal atau hilang kepekaan pada usia lanjut (presbycusis) akibat proses degenerasi organ pendengaran.
“Secara umum, menerusi kajian dalam portal kesihatan di Malaysia kira-kira 30 peratus dalam kalangan warga tua berusia antara 65 hingga 75 tahun dan 50 peratus dalam kalangan usia 75 tahun mengalami masalah pendengaran sehingga 2019,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kesedaran dan Saringan Pendengaran Dalam Kalangan Warga Emas di Pusat Warga Emas (PAWE) Kemumin, Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Ceramah serta pemeriksaan saringan pendengaran itu melibatkan 60 warga emas dan turut dihadiri Ahli Audiologi Pusat Pendengaran Eartistic Cawangan Kelantan Fatin Zafirah Juhar Nawawi dan Pengerusi PAWE Kemumin Datuk Roomai Nor Ali.
Mengulas lanjut, Dr Nur Shasa ‘Ain berkata masalah pendengaran boleh dihadapi oleh setiap lapisan umur yang jika tidak dirawat dengan segera boleh memberi risiko lebih serius.
“Pesakit yang mengalami gangguan pendengaran mestilah mengambil ubat melalui pemantauan doktor dan tidak mengorek telinga menggunakan putik kapas atau benda-benda tajam yang boleh merosakkan gegendang telinga,” katanya.
Sementara itu, Roomai Nor berkata program julung kali itu diadakan bertepatan dan bersesuaian dengan pusat aktiviti harian warga emas berkenaan memandangkan ada dalam kalangan ahlinya mengalami masalah pendengaran sama ada masih di peringkat awal mahupun serius.
“Ada di antara warga emas ini layak mendapat alat pendengaran percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), selain mereka adalah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pesara tentera dan pesara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau yang masih berkhidmat,” katanya.
Seorang warga emas di PAWE Kemumin, Mustapha Mohamad Noor, 71, berkata beliau sudah memakai alat pendengaran sejak tiga tahun lepas setelah mengalami gangguan tidak dapat mendengar dari arah belakang.
“Setiap enam bulan sekali alat pendengaran perlu diservis supaya dapat digunakajn dengan lebih lancar dan tahan lama,” kata pesara guru itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked