Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PUKUL ISTERI HINGGA GUGUR, LARIKAN BARANG KEMAS DIREMAN

DALAM NEGARA

LELAKI PUKUL ISTERI HINGGA GUGUR, LARIKAN BARANG KEMAS DIREMAN

Selain mangsa yang merupakan penjawat awam berusia 39 tahun dicederakan, lelaki itu dipercayai sedang berdepan proses mahkamah berhubung kes mencederakan bekas isterinya di Johor beberapa tahun lalu.

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya sehingga keguguran direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Sungai Petani bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Terdahulu, suspek yang berpakaian lokap dan berpelitup muka tiba dengan kereta polis kira-kira pukul 8.30 pagi serta beberapa ahli keluarga mangsa dilihat turut berada di pekarangan mahkamah.

Suspek sebelum ini dikehendaki berhubung kes memukul isterinya sehingga keguguran di Ambangan Heights sebelum diberkas di satu lokasi di Alor Setar, kira-kira jam 5 petang.

Keluarga mangsa menyifatkan lelaki tersebut sebagai suami yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dan mereka turut berharap suspek diadili mengikut proses undang-undang.

Selain mangsa yang merupakan penjawat awam berusia 39 tahun dicederakan, lelaki itu dipercayai sedang berdepan proses mahkamah berhubung kes mencederakan bekas isterinya di Johor beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu, mangsa dipercayai dipukul dengan penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu hingga patah selain didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan berjumlah RM50,000.

Pasangan tersebut dikatakan berkahwin di Thailand pada Disember lalu, namun belum mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading