RUU KAWAL PRODUK TEMBAKAU BOLEH SELAMATKAN 2 JUTA NYAWA – KHAIRY
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang berkenaan amat penting bagi aspek kesihatan awam malah tidak banyak rang undang-undang di negara ini yang boleh menyelamatkan bilangan nyawa seramai itu.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang berkenaan amat penting bagi aspek kesihatan awam malah tidak banyak rang undang-undang di negara ini yang boleh menyelamatkan bilangan nyawa seramai itu. Beliau berkata demikian pada temu bual khas dengan media mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Kementerian Kesihatan di sini semalam. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Sejumlah dua juta nyawa mampu diselamatkan daripada kematian serta keilatan disebabkan penyakit berkaitan aktiviti merokok dalam tempoh sehingga 2040 sekiranya Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 berkuat kuasa.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang berkenaan amat penting bagi aspek kesihatan awam malah tidak banyak rang undang-undang di negara ini yang boleh menyelamatkan bilangan nyawa seramai itu.
“Sebab itu saya merayu Ahli-ahli Parlimen sama-sama (bersetuju) meluluskan rang undang-undang ini yang boleh selamatkan dua juta nyawa rakyat Malaysia daripada kematian pramatang yang disebabkan oleh (aktiviti) merokok ini.
“Selain daripada kematian pramatang, rang undang-undang ini akan dapat banyak membantu menurunkan kes-kes penyakit yang ada kaitan dengan merokok,” katanya pada temu bual khas dengan media mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, di sini.
Katanya beliau dijadual membentangkan rang undang-undang itu bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin ini (1 Ogos) dan berharap agar ia diluluskan selepas selesai sesi perbahasan, penggulungan serta pengundian terhadap rang undang-undang berkenaan pada Selasa (2 Ogos).
Rabu lepas, Khairy membentangkan rang undang-undang itu yang antara lain memperuntukkan larangan kepada Generasi Penamat (GEG) atau individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Khairy berkata persetujuan untuk meluluskan rang undang-undang berkenaan amat penting supaya penjualan produk rokok terutamanya vape dapat dikawal selia di bawah akta tersendiri memandangkan tiada mekanisme perundangan untuk mengawal selia produk rokok alaf baharu itu, ketika ini.
“Sekarang ini, rokok dikawal oleh Akta Makanan 1983 dan nikotin pula dikawal selia Akta Racun 1952. Memang sekarang ini tiada undang-undang berkenaan tembakau yang khusus, hanya ada peraturan kawalan hasil tembakau yang ada di bawah Akta Makanan sahaja.
“Disebabkan itu rang undang-undang ini diperlukan kerana industri vape tidak terkawal dan ia berada di luar lingkungan undang-undang,” katanya menambah pemain industri terlibat juga memberi sokongan agar rang undang-undang itu dikuatkuasakan.
Ditanya mengenai hukuman ditetapkan dalam Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, beliau berkata tiada rekod jenayah akan direkodkan kepada golongan GEG dan mereka hanya dikenakan hukuman denda jika disabit kesalahan.
Menurut rang undang-undang itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Selain itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang membeli produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.
Khairy juga yakin Kementerian Kesihatan (KKM) mampu merealisasikan GEG yang bebas daripada asap rokok termasuk mengurangkan jumlah aktiviti penyeludupan serta penjualan rokok secara haram sekiranya rang undang-undang itu dikuatkuasakan.
Katanya malah apabila budaya bebas merokok menjadi norma masyarakat dalam kalangan individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya, secara logik permintaan terhadap produk rokok akan semakin mengecil dari semasa ke semasa sekali gus dapat mengurangkan aktiviti penyeludupan rokok di negara ini.
Beliau berkata bagaimanapun, KKM akan terus bekerjasama dengan kementerian lain serta agensi keselamatan berkaitan dalam membanteras aktiviti tersebut terutamanya dalam tempoh dua tahun peralihan kepada GEG. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked