Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA KETIKA MEMANCING

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DIPERCAYAI DIBAHAM BUAYA KETIKA MEMANCING

Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan dekat sini.

Gambar hiasan.

KINABATANGAN: Seorang wanita ditemukan maut hari ini dipercayai dibaham seekor buaya ketika melakukan aktiviti memancing petang semalam di tebing sebuah sungai di Kampung Tanjung Bulat Sinar Jaya, Kota Kinabatangan dekat sini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, mangsa dikenali sebagai Norsila Sayong, 32, dijumpai oleh orang awam bersama pasukan penyelamat pada 6.53 pagi tadi kira-kira 800 m dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.

JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan mangsa pukul 3.42 petang semalam dan sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan bergegas ke tempat kejadian sejauh 12 km dari balai.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Kawasan sungai tersebut, yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan sering menjadi lokasi memancing ketika air pasang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading