RAPATKAN SAF SOLAT: BERI KKM BEBERAPA MINGGU LAGI – KJ

Sumber Gambar: ARKIB

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan beberapa minggu lagi untuk melihat kesan varian Omicron sebelum mempersembahkan keputusan untuk merapatkan saf solat kepada Majlis Raja-Raja.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu telah menjadi perhatian KKM selepas pihaknya menerima permintaan dari pelbagai pihak supaya melonggarkan syarat SOP di masjid dan surau.

“Kita sangat prihatin tentang perkara (saf solat dirapatkan) ini, bukan kita tidak mahu membenarkan.

“Cuma bagi kami (KKM) tempoh masa beberapa minggu lagi untuk lihat kesan daripada gelombang varian Omicron dan kita boleh keluarkan nasihat untuk dipersembahkan kepada Raja-Raja Melayu,” katanya dalam sidang media, hari ni.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, cadangan supaya saf bagi solat jemaah kembali dirapatkan telah dikemukakan kepada pihak berwajib dan sedang dalam penelitian. — AlHijrah Online

Leave a Reply