Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REMAJA DITEMUI LEMAS DI KEDALAMAN ENAM METER

UTAMA

REMAJA DITEMUI LEMAS DI KEDALAMAN ENAM METER

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas hampir tiga jam dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berhampiran Taman Bayu Senibong, petang semalam.

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan lemas selepas hampir tiga jam dilaporkan hilang ketika mandi di sungai berhampiran Taman Bayu Senibong, petang semalam.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Mohd Faiz Ramli berkata mangsa ditemukan pada 6.01 petang oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Mangsa ditemukan oleh anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira 20 meter dari tebing pada kedalaman enam meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Faiz berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.31 petang semalam, membabitkan mangsa dan seorang lagi rakan sebayanya.

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati seorang daripada mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih hilang,” katanya.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading