Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LELAKI MATI LEMAS

DALAM NEGARA

REMAJA LELAKI MATI LEMAS

GOMBAK: Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas semasa mandi di Sungai Lagong, di Gombak, petang tadi.

GOMBAK: Seorang remaja lelaki meninggal dunia akibat lemas semasa mandi di Sungai Lagong, di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, mangsa dikenali sebagai Muhammad Danial Rizal Suardi berusia 15 tahun.

“Bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 2.55 petang tadi sebelum mengerahkan anggota dan jentera ke lokasi kejadian.

“Mangsa disyaki lemas dan telah dibawa naik oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun Muhammad Danial Rizal telah disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading