Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA MAUT, MOTOSIKAL BERTEMBUNG LORI

DALAM NEGARA

REMAJA MAUT, MOTOSIKAL BERTEMBUNG LORI

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ayer Pa’abas, pada petang semalam.

ALOR GAJAH: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ayer Pa’abas, pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, Muhammad Aiman Rosli,19 dilaporkan dalam perjalanan ke rumahnya di Taman Lendu Bakti.

“Apabila di selekoh motosikal mangsa bertembung dengan sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 39 tahun yang menuju arah Pekan Lendu.

“Perlanggaran itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 12.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Pihak polis memohon kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading