SKIM SUBSIDI HARGA PADI DINAIKKAN DARIPADA RM360 KEPADA RM500 PER TAN METRIK – PM
Perdana Menteri hari ini mengumumkan berita baik buat pesawah negara iaitu kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan mulai esok.
PARIT BUNTAR: Perdana Menteri hari ini mengumumkan berita baik buat pesawah negara iaitu kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) daripada RM360 per metrik tan kepada RM500 per metrik tan mulai esok.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata dengan kenaikan itu pesawah akan menerima sekurang-kurangnya RM1,700 per metrik tan yang akan meningkatkan pendapatan pesawah negara ini.
“Ini kenaikan terbesar dalam sejarah. Anwar Ibrahim dulu ketika jadi menteri kewangan pernah naikkan (kadar).
“Hari ini saya naikkan sekali lagi, hari ini umum, esok naik,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Sentuhan Agro Madani Negeri Perak di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
Perdana Menteri berkata peningkatan itu akan melibatkan perbelanjaan RM1 bilion setahun.
Bagi menyelesaikan masalah pemutuan padi, Anwar berkata perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi menempatkan pegawai pertanian di kilang padi swasta khusus bagi memantau proses tersebut.
Ini katanya bagi mengelak pengilang bertindak sesuka hati tanpa mengikut standard ditetapkan.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kementerian itu akan mempertimbang untuk menambah peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif tanaman padi lima musim dalam dua tahun.
“Belanja untuk buat tali air dan sebagainya yang RM3 bilion itu tidak cukup, kena tambah lagi, untuk petani ini, kita cuba tambah, kita buat yang sebaiknya,” kata beliau.
Sementara itu, pada majlis sama Anwar turut menyampaikan bantuan berjumlah RM21.8 juta yang memanfaatkan 28,295 pesawah dan peladang negeri Perak.
Bantuan tersebut disampaikan beliau kepada Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Perak, Datuk Sham Mat Sahat dan wakil-wakil Persatuan Peladang Kawasan (PPK) mengikut daerah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager