Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBU DAN TEMAN LELAKI DIDAKWA ANIAYA ANAK EMPAT TAHUN

DALAM NEGARA

IBU DAN TEMAN LELAKI DIDAKWA ANIAYA ANAK EMPAT TAHUN

Seorang ibu dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri, minggu lepas.

IPOH: Seorang ibu dan teman lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menganiaya anak lelaki wanita itu yang berusia empat tahun di sebuah pangsapuri di sini, minggu lepas.

A. Kanageswary (ibu), 23, dan S. Uthayakumar (teman lelaki), 26, didakwa melakukan penganiayaan itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa lelaki berusia empat tahun, enam bulan di sebuah pangsapuri di Taman Menglembu Impiana Adril di sini kira-kira 4.30 petang, pada 2 Ogos.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta 611 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Evangelin Simon Silvaraj menawarkan jaminan RM15,000 setiap seorang, namun peguam Kelvin Francis memohon jaminan RM3,000 atas alasan kedua-dua anak guamnya menghadapi masalah kewangan dan mahu memulakan kehidupan baharu setelah bercerai dengan pasangan lama.

Kelvin berkata Uthayakumar juga mengalami masalah sakit urat, selain mempunyai tiga anak dan dalam proses penceraian sementara penjamin iaitu ibunya hanya mempunyai RM3,000.

Bagaimanapun, Hakim Ainul Shahrin Mohamad membenarkan masing-masing diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Okt untuk sebutan kes.

Pada 3 Ogos, media melaporkan rayuan sayu seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di sebalik jeriji berkunci rumahnya untuk meminta makanan daripada orang ramai, membongkar kisahnya menjadi mangsa dera ibu dan teman lelaki wanita itu.

Kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian dan dipenuhi kesan luka seluruh badan itu, kemudian diselamatkan polis, selepas menerima laporan daripada orang awam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading