Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAN IBU BAPA ZAYN RAYYAN DISAMBUNG ENAM HARI

DALAM NEGARA

REMAN IBU BAPA ZAYN RAYYAN DISAMBUNG ENAM HARI

Reman terhadap ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung selama enam hari, bermula hari ini hingga Rabu depan.

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan sambung reman selama enam hari terhadap ibu bapa kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili pasangan suami isteri itu ketika ditemui media mengesahkan perintah reman baharu dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal dan akan tamat pada Rabu depan (12 Jun).

“Perintah reman dikenakan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” kata Fahmi. 

Sebelum ini, ibu bapa kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 Jun hingga hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan.

Pada 6 Dis lepas mayat Zayn Rayyan, 6, ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri.

Terdahulu berlaku sedikit kekecohan ketika pasangan itu tiba di mahkamah pada 9.30 pagi selepas bapa Zayn Rayyan menjerit “Ini semua fitnah” diikuti dengan laungan “Isma, Zaim strong” oleh ahli keluarga mereka.

Keluarga kepada ibu bapa Zayn Rayyan juga dilihat berkumpul sambil memegang kain rentang bertulis ‘Justice for Zaim dan Isma’ di perkarangan mahkamah.

Sementara itu seorang lagi peguam Ilyani Khuzairy yang turut mewakili kedua-dua mereka berkata bapa Zayn Rayyan berada dalam keadaan yang sangat tertekan dan menangis ketika ditanyakan soalan.

“Mereka berharap siasatan dapat dijalankan secara telus agar keadilan terhadap Zayn Rayyan dapat dicapai,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading