Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RIZAB ANTARABANGSA BNM US$108.2 BILION SETAKAT 30 OGOS

DALAM NEGARA

RIZAB ANTARABANGSA BNM US$108.2 BILION SETAKAT 30 OGOS

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Gambar Arkib

KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut kepada US$108.2 bilion (US$1=RM4.50) pada 30 Ogos, 2022, daripada US$110.9 bilion setakat 15 Ogos lepas.

Paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.1 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Menurut bank pusat itu dalam kenyataannya hari ini, komponen utama rizab antarabangsa berkenaan adalah rizab mata wang asing (US$96.1 bilion), kedudukan Rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.3 bilion), Hak Pengeluaran Khas atau SDR (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 billion).

Aset-aset tersebut merangkumi emas, pertukaran mata wang asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM476.5 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.12 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.64 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) serta aset lain (RM34.18 bilion).

Dalam pada itu, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar berjumlah RM100 juta, rizab (RM161.65 bilion), mata wang dalam edaran (RM157.23 bilion), deposit institusi kewangan (RM165.97 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.96 bilion), deposit lain (RM12.06 bilion), kertas Bank Negara (RM8.26 bilion), peruntukan SDR (RM28.25 bilion) serta liabiliti lain (RM4.1 bilion).-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading