Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RON97 turun 1 sen, RON95 dan diesel kekal

DALAM NEGARA

RON97 turun 1 sen, RON95 dan diesel kekal

PUTRAJAYA, 3 Mei 2019 – Harga runcit bagi RON97 turun satu sen seliter menjadikan harga terbaru bahan bakar itu RM2.80 seliter bagi tempoh 4 Mei hingga 10 Mei depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras sama, masing-masing RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.50 seliter dan RM2.47 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menjelaskan anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 4 Mei sehingga 10 Mei adalah berjumlah RM130.45 Juta. – Sinar Harian


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading