Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UiTM lambang semangat waja bumiputera

DALAM NEGARA

UiTM lambang semangat waja bumiputera


Abdullah Mohamed Nor

SHAH ALAM – UiTM merupakan sebuah institusi yang melambangkan semangat waja serta pengorbanan generasi terdahulu dalam melahirkan anak bangsa yang bukan sahaja berilmu malah berjasa kepada negara.

Timbalan Pengerusi Teras Melayu Pulau Pinang, Abdullah Mohamed Nor berkata, UiTM sebagai sebuah institusi yang amat berjasa besar terhadap negara kerana banyak insan dan individu hebat di negara ini merupakan lahir daripada universiti ini.

“Kita berharap biarlah UiTM kekal untuk menjadi pembangunan pendidikan buat anak bumiputera, jangan ada sebarang usaha mahupun tindak tanduk untuk mengganggu gugatnya.

“Ia merupakan amanah daripada pimpinan terdahulu yang bertungkus lumus dalam memastikan UiTM kekal sebagai sebuah institusi pendidikan yang disegani, jadi wajarlah kita sentiasa pertahankannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam masa sama, pihaknya menyokong kenyataan Pengerusi Lembaga Pengarah UITM, Datuk Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamad yang menegaskan tiada cadangan pada masa terdekat untuk membuka peluang kepada bukan bumiputera memasuki Universiti Teknologi Mara (UiTM), sebaliknya universiti itu akan berusaha meningkatkan keupayaan persaingannya selaras perubahan industri global yang pesat berkembang.

Terdahulu, 28 April lalu, Syed Zainal Abidin Syed Mohamad berkata, berasaskan situasi itu, pihaknya sedang berusaha menambah baik kurikulum sedia ada, kerana pastinya terdapat jurang yang perlu ditokok tambah dan disesuaikan dengan perubahan semasa.

“Jika tidak dilakukan dalam tempoh terdekat, mungkin graduan bumiputera yang dikeluarkan setiap tahun pada masa akan datang, sukar mendapatkan peluang pekerjaan di pelbagai sektor industri,” katanya. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading