Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Cuepacs tak terima maklumat, aduan

DALAM NEGARA

Cuepacs tak terima maklumat, aduan


Datuk Azih Muda

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tidak mendapat sebarang maklumat atau aduan berhubung kakitangan awam yang mahu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) seperti didakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, penjawat awam memberikan kerjasama baik sama seperti diberikan kepada kerajaan terdahulu.

“Kita tidak nampak perkara itu (usaha tumbangkan kerajaan PH dan kembalikan kerajaan yang membenarkan rasuah).

“Jika apa yang dikatakan Dr Mahathir itu adalah berdasarkan kepada maklumat diterima beliau sendiri, ia di luar pengetahuan kami,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mengulas lanjut, Azih berkata, isu yang dibangkitkan Dr Mahathir itu mungkin kaitannya dengan isu kos sara hidup yang meningkat menyebabkan penjawat awam berasakan mereka tidak terbela.

“Jika kerajaan menurunkan kos sara hidup atau mempertimbangkan insentif, penjawat awam mungkin rasa dibela.

“Harapan kami supaya apa yang diperkatakan Dr Mahathir itu tidak berlaku dan penjawat awam pada hari ini berkhidmat sepenuh hati kepada kerajaan,” katanya. – SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading