SITUASI DI HOSPITAL KAMAL ADWAN DI GAZA AMAT BERBAHAYA – PENGARAH
Tentera pendudukan Israel masih mengepung Hospital Kamal Adwan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Qatar (QNA), memetik kenyataan pengarah hospital, Dr Hussam Abu Safiya.
GAZA: Tentera pendudukan Israel masih mengepung Hospital Kamal Adwan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Qatar (QNA), memetik kenyataan pengarah hospital, Dr Hussam Abu Safiya.
Dalam kenyataan akhbar pada Rabu, Abu Safiya berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Hospital itu mengalami kerosakan teruk akibat letupan kira-kira 10 bom robot di kawasan berdekatan.
Abu Safiya turut menambah bahawa pengeboman oleh tentera pendudukan Israel bermula sejak awal pagi, apabila pesawat perang mereka menyasarkan rumah berdekatan hospital, sementara tembakan senjata berat di sekelilingnya meningkatkan intensiti keganasan.
Beliau berkata letupan itu memusnahkan semua pintu, tingkap dan sekatan dalaman, serta menyebabkan beberapa dinding roboh, mewujudkan pemandangan mengerikan yang menimbulkan ketakutan dalam kalangan pesakit dan kakitangan.
Abu Safiya turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dengan segera bagi melindungi sistem kesihatan, pekerja dan pesakit di hospital itu.
Selama 82 hari berturut-turut, tentera pendudukan terus melancarkan perang genosid dan pengepungan yang menyesakkan di utara Semenanjung Gaza, menyaksikan penderitaan ribuan penduduk yang terkepung semakin parah, dengan sekatan yang terus menghalang kemasukan bantuan ke utara, yang juga kekurangan bekalan air minuman.
Menurut statistik rasmi awal, pencerobohan Israel di utara Semenanjung Gaza dan operasi pengeboman yang intensif sejak 5 Okt menyebabkan lebih 4,000 syahid dan hilang, 12,000 cedera dan 2,000 ditahan manakala tentera pendudukan telah memusnahkan semua sektor dan infrastruktur penting di wilayah itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked