Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI SIMBAH ISTERI DENGAN AIR PANAS SEBELUM TIKAM PERUT SENDIRI

DALAM NEGARA

SUAMI SIMBAH ISTERI DENGAN AIR PANAS SEBELUM TIKAM PERUT SENDIRI

Pertengkaran mengenai masalah kewangan sering berlaku antara pasangan itu sebelum ini selepas suspek kehilangan pekerjaan.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki bertindak menyimbah isterinya dengan air panas sebelum lelaki berkenaan menikam dirinya sendiri dalam pergaduhan dipercayai akibat masalah kewangan di Kampung Pondo, Pulau Gaya, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata kejadian berlaku pada Ahad lalu kira-kira jam 11.30 malam

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa sedang menjerang air di dapur dan berlaku pertengkaran antara keduanya.

“Pertengkaran semakin buruk apabila mangsa mengungkit perkara lalu dan disebabkan gagal mengawal emosi, suspek mengambil cerek air berkenaan dan menyimbah ke arah mangsa sehingga terkena pada bahagian bahu dan tangan kiri mangsa.

“Suspek kemudian mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan menikam perutnya sendiri,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ujarnya, pertengkaran mengenai masalah kewangan sering berlaku antara pasangan itu sebelum ini selepas suspek kehilangan pekerjaan.

George berkata, mangsa dan suspek kini di rawat di Hospital Queen Elizabeth namun berada dalam keadaan stabil dan siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 326A dan 309 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading