Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH BATANG KALI: EMPAT MAYAT DITEMUKAN, ANGKA KORBAN KINI 30 ORANG

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH BATANG KALI: EMPAT MAYAT DITEMUKAN, ANGKA KORBAN KINI 30 ORANG

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari ketujuh hari ini, menemukan empat lagi mayat pagi ini.

BATANG KALI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya dekat Batang Kali yang memasuki hari ketujuh hari ini, menemukan empat lagi mayat pagi ini.

Penemuan terbaharu setakat 11.50 pagi itu menjadikan jumlah korban tragedi kini seramai 30 orang.

Penemuan empat mayat berkenaan yang masih belum didedahkan jantina serta umur itu disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah kepada Bernama di sini.

Terdahulu, operasi pencarian bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.

Setakat ini, tiga mangsa masih hilang manakala 61 terselamat daripada keseluruhan 94 mangsa yang dilaporkan terlibat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, daripada keseluruhan mangsa terlibat, 29 adalah kanak-kanak dan 65 dewasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading