Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH: DEWAN RAKYAT BERTAFAKUR MEMPERINGATI MANGSA

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH: DEWAN RAKYAT BERTAFAKUR MEMPERINGATI MANGSA

Sidang Parlimen Dewan Rakyat hari ini mengambil kesempatan untuk bertafakur bagi memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen Dewan Rakyat hari ini mengambil kesempatan untuk bertafakur bagi memperingati mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.

Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul meminta kesemua ahli Parlimen beragama Islam untuk membacakan al-Fatihah sementara yang bukan Islam bertafakur selama seminit.

Setakat ini, seramai 24 mangsa korban tragedi yang berlaku awal pagi Jumaat lepas, selain sembilan masih hilang dan 61 orang dilaporkan selamat.

Proses mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.

Terdahulu Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Johari yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mewakili kerajaan mendapat undian 147 undi berbanding bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang mendapat 74 undi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading