Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA LAGI TEMPOH MENUNGGU 14 HARI PELAKSANAAN UMRAH

DALAM NEGARA

TIADA LAGI TEMPOH MENUNGGU 14 HARI PELAKSANAAN UMRAH

Sumber Gambar : AFP

JEDDAH: Arab Saudi kini memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan perlu menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amir Al-Maddah berkata peraturan itu ditamatkan susulan pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah.

Katanya, sejak peraturan itu dimansuhkan, kapasiti jemaah yang beribadah di Masjidil Haram samada bersolat dan mengerjakan umrah menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, beberapa sumber berkata, Kementerian Haji dan Umrah merancang untuk melancarkan lagi urusan haji dan umrah seperti sebelum penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, jemaah tetap diwajibkan memakai pelitup muka serta memohon untuk mengerjakan umrah menerusi aplikasi Eatamarna. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading