PEMBERIAN BKP RM500 BERMULA 26 OKTOBER

KUALA LUMPUR: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara sekali beri (one-off), bermula esok 26 Oktober.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut memberi manfaat kepada hampir 870 ribu individu yang hilang pendapatan.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO,” dalam kenyataannya, hari ini.

Tambahnya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat bermula esok melalui Portal BKP https://bkp.hasil.gov.my.

Ujar Ismail, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya.–AlHijrah Online

Leave a Reply