KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak mengehadkan pelancong asing yang akan menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi mulai 15 November ini.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan telah wujud, termasuk pelancong perlu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan menjalani ujian calitan sebelum dan ketika berada di negara ini.
Bagaimanapun katanya, pelancong yang ingin datang ke Langkawi perlu menggunakan khidmat ejen pelancongan berlesen dengan MOTAC.
“Jadi mereka tidak boleh sesuka hati melawat tempat atau kampung secara peribadi kerana sudah mempunyai jadual lawatan sendiri. Jika berlaku apa-apa, pengusaha pelancongan itu perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Kepada Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan Sumbangan Kepada Penggiat Seni di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) hari ini.
Nancy berkata, walaupun dalam laporan mengatakan kes COVID-19 dijangka meningkat, pihaknya percaya usaha membuka industri pelancongan di Langkawi dapat membantu menaikkan semula sektor itu.
Katanya, apa yang penting adalah mengikut SOP yang ditetapkan, terutama sentiasa memakai pelitup muka dan pembasmi kuman serta menjaga jarak.
“Sektor ini masih perlu dibuka untuk membantu rakyat dan pada masa sama ekonomi negara kerana jika kita tunggu lebih lama, ramai yang akan terus hilang pekerjaan.
“Jadi saya harap semua pihak dapat berfikir secara ilmiah dan wajar usaha yang dilakukan ini,” katanya.
Malah kata Nancy, pemantauan yang dibuat pihaknya mendapati pengunjung yang ke Langkawi ketika ini juga dikesan tidak keluar atau berkumpul secara beramai-ramai serta ada yang memilih untuk hanya tinggal di tempat penginapan dan bermain di kolam mandi sahaja.
“Ini menunjukkan mereka mengambil langkah berhati-hati dan sekali gus membantu mengelak berlaku penularan dalam kalangan pengunjung di Langkawi,” katanya.
Beliau berkata, sejak pengumuman gelembung pelancongan itu baru-baru ini, banyak rumah inap desa di Langkawi telah menerima tempahan pelancong terutama dari Eropah.
Katanya, MOTAC juga sudah berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan termasuk Emirates, Qatar dan Saudia berkenaan kemasukan pelancong.
“Malah kita juga turut terima tempahan rumah inap dari pelancong dari luar negara di lokasi-lokasi lain juga selain Langkawi. Ini menunjukkan keyakinan pelancong yang sudah bersedia masuk ke negara ini,” katanya.
Mengulas tentang pengusaha dalam sektor pelancongan yang masih tidak mahu mengambil pekerja kerana bimbang perusahaan perlu ditutup semula, Nancy berkata mereka sepatutnya mengambil peluang yang sudah diberikan kerajaan ketika ini.
Katanya, apa yang penting adalah mengikuti SOP yang ditetapkan dan yakin yang sektor ini akan menunjukkan perkembangan baik nanti. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked