Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA SAMBUTAN TAHUN BAHARU DI PAKISTAN TANDA SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN

DALAM NEGARA

TIADA SAMBUTAN TAHUN BAHARU DI PAKISTAN TANDA SOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN

“Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah  dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat,”

Sumber Gambar: Media Sosial

NEW DELHI: Pakistan melarang semua bentuk sambutan Tahun Baharu sebagai tanda solidariti dengan rakyat Palestin.

Perdana Menteri sementara Anwarul Haq Kakar berkata Isarel telah membunuh lebih 21,000 orang termasuk 9,000 kanak-kanak sejak 7 Okt.

Beliau turut mengutuk pembunuhan berterusan rejim Israel terhadap penduduk di wilayah Palestin yang diduduki.

“Pakistan dan umat Islam bersedih atas pembunuhan beramai-ramai kanak-kanak yang tidak bersalah  dan rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Gaza dan Tebing Barat,” kata Kakar dalam ucapannya pada Khamis.

Justeru itu, larangan mengadakan sebarang sambutan Tahun Baharu akan dikuatkuasakan, katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading