Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA UNSUR MISTIK, KANAK-KANAK TAHU PANDU KERETA – POLIS

DALAM NEGARA

TIADA UNSUR MISTIK, KANAK-KANAK TAHU PANDU KERETA – POLIS

Polis menolak dakwaan terdapat unsur mistik dalam kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta milik keluarganya sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Tangga, Langkawi, Selasa lepas.

ALOR SETAR: Polis menolak dakwaan terdapat unsur mistik dalam kejadian kanak-kanak lelaki berusia enam tahun memandu kereta milik keluarganya sebelum terbabit dalam kemalangan di Jalan Kampung Bukit Tangga, Langkawi, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata berdasarkan siasatan, kanak-kanak itu mengetahui fungsi pedal minyak dan gear kereta yang dipandunya.

“Kanak-kanak itu juga menunjukkan cara menghidupkan enjin apabila disuruh oleh pihak polis serta juga telah menunjukkan bagaimana dia menurunkan brek tangan dan memandu kereta itu.

“Pemeriksaan kamera papan pemuka juga mendapati pemanduan kereta itu tidak stabil dan sedikit memasuki laluan bertentangan. Jadi, polis menolak sebarang unsur mistik seperti yang telah ditularkan di laman media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shariman berkata kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Trafik Langkawi oleh ibu bapanya yang datang ke balai berkenaan untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu.

Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Langkawi dikesan memandu Toyota Vios sejauh kira-kira 2.5 kilometer sebelum melanggar tiang lampu.

Kanak-kanak itu luka di bahagian dagu manakala adiknya yang turut menaiki kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading