Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAPA MAUT DALAM PERJALANAN HANTAR ANAK KE TADIKA

DALAM NEGARA

BAPA MAUT DALAM PERJALANAN HANTAR ANAK KE TADIKA

Seorang bapa maut selepas motosikal ditunggangnya ketika dalam perjalanan menghantar anak ke tadika terlibat dalam kemalangan di Kilometer 122 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

TANJUNG MALIM: Seorang bapa maut selepas motosikal ditunggangnya ketika dalam perjalanan menghantar anak ke tadika terlibat dalam kemalangan di Kilometer 122 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Asri Shahrul Nizam, 26, yang dalam perjalanan menghantar anak perempuannya ke tadika disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak perempuannya, Puteri Hanamia Malaika, 6, yang membonceng motosikal cedera di kedua-dua tangan dan kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian terbabit kira-kira jam 7.12 pagi.

Katanya kemalangan melibatkan sebuah motosikal Suzuki dan kereta Proton Persona.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku membabitkan kereta dipandu seorang guru wanita berumur 44 tahun menghala ke Slim River.

“Pemandu kereta dipercayai mengubah haluan dari kiri ke lorong kanan sebelum motosikal ditunggang mangsa yang dari arah Tanjung Malim melanggar bahagian belakang kanan kereta terbabit,” katanya.

Mohd Hasni berkata, akibat kejadian itu mangsa bersama anak perempuan terjatuh di atas jalan raya.

Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading