TIDAK SANGGUP LIHAT VIDEO DETIK KEMALANGAN – BAPA MANGSA
Abu Setaman Jusoh, 54, yang kelihatan tabah sepanjang urusan pengebumian anak keempat daripada enam beradik itu, tidak mahu perkara itu mengganggu emosinya kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan.
Abu Setaman Jusoh, 54, menyiram air mawar pada pusara anaknya, merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam nahas kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik awal pagi Isnin, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Duek, hari ini. Nurul Fatihah, 22, merupakan mangsa terakhir dikebumikan pada 10.39 pagi tadi. –fotoBERNAMA
JERTIH: Bapa kepada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nurul Fatihah Abu Setaman yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), belum mampu untuk melihat video berkaitan nahas itu.
Abu Setaman Jusoh, 54, yang kelihatan tabah sepanjang urusan pengebumian anak keempat daripada enam beradik itu, tidak mahu perkara itu mengganggu emosinya kerana bimbang akan memudaratkan kesihatan.
“Saya sendiri belum lagi menonton rakaman video kemalangan, termasuk detik sebelum bas berkenaan terbalik seperti yang tular di media sosial kerana tidak sampai hati dan hiba,” katanya kepada pemberita selepas pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Gong Duek, di sini
Bekas petugas Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) itu berkata sebagai ketua keluarga beliau perlu kuat demi isteri dan anak-anak yang lain.
Ditanya sama ada pihak keluarga akan mengambil tindakan terhadap syarikat bas terbabit, Abu Setaman berkata beliau akan melihat hasil siasatan pihak berkuasa terlebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.
“Biar pihak berkuasa siasat kes kemalangan itu terlebih dahulu sama ada ia berpunca daripada kecuaian pemandu, masalah teknikal atau masalah lain,” katanya.
Menceritakan peribadi Allahyarhamah Nurul Fatihah, 22, beliau berkata anak perempuannya itu bercita-cita mahu menjadi guru sejak di bangku sekolah rendah lagi.
“Saya nampak memang ada ciri-ciri seorang guru dalam diri dia,” katanya.
Dalam kemalangan yang berlaku antara 12.30 hingga 1 pagi itu, 15 penuntut UPSI maut selepas bas yang disewa khas dari Jertih ke Tanjung Malim terbalik dalam nahas dengan kenderaan jenis Perodua Alza di JRTB berhampiran Tasik Banding.
Kemalangan itu turut mengakibatkan 33 lagi cedera termasuk pemandu dan kelindan bas serta pemandu dan tiga penumpang Alza. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked