Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS UPSI: PEMANDU BAS MOHON MAAF KEPADA KELUARGA MANGSA, PELAJAR

DALAM NEGARA

NAHAS UPSI: PEMANDU BAS MOHON MAAF KEPADA KELUARGA MANGSA, PELAJAR

Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan tragis mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB), Gerik, awal pagi pada Isnin memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa terlibat.

Sumber Gambar: BERNAMA

KOTA BHARU: Pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan tragis mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur–Barat (JRTB), Gerik, awal pagi pada Isnin memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa terlibat.

Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, berkata kejadian itu berlaku akibat kegagalan sistem brek yang menyebabkannya hilang kawalan sehingga bas terbabit merempuh besi penghadang jalan.

“Bas berada dalam keadaan baik sewaktu memulakan perjalanan, namun secara tiba-tiba, ketika melalui jambatan lintasan gajah di Gerik, brek tidak berfungsi dan gear juga tidak dapat ditukar.

“Saya memulakan kerjaya sebagai pemandu bas pada 2016 dan kejadian ini ialah kali pertama terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pemandu bas itu amat kesal dengan insiden yang berlaku serta menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

Ketika ini, Mohd Amirul sedang menunggu untuk menjalani pembedahan tangan kiri yang patah akibat kemalangan itu, di Hospital Taiping, Perak.

Dalam pada itu, dia turut menafikan khabar angin mengenai kematian kelindan bas, Samsudin Hamat, 50-an, yang juga bapa saudaranya.

“Berita yang mengatakan beliau telah meninggal dunia adalah tidak benar kerana dia sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi semalam, 15 penuntut UPSI maut apabila bas yang dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan di KM53 JRTB, berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Bas yang disewa khas oleh pelajar itu berlepas dari Jertih, Terengganu pada 9 malam Ahad dan sedang dalam perjalanan ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak sebelum terlibat dalam kemalangan itu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading