TINDAKAN KPWKM TERHADAP ISU ‘ABANG BAS’, GISB BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG – NANCY
“Kepada yang nak mengambil tindakan terhadap kami itu terpulang, sekurang-kurang rakyat tahu kita sudah mengambil tindakan untuk menjalankan tugas kita menjaga kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001.”
BINTULU: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri menegaskan segala tindakan serta maklum balas kementeriannya membabitkan isu ‘Abang Bas’ dan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) adalah mengikut lunas undang-undang.
Beliau berkata pihaknya bersedia sekiranya ada pihak yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
“Kepada yang nak mengambil tindakan terhadap kami itu terpulang, sekurang-kurang rakyat tahu kita sudah mengambil tindakan untuk menjalankan tugas kita menjaga kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001.
“Ramai yang bertanya kenapa sibuk dengan isu ‘Abang Bas’ tetapi tutup telinga soal isu GISBH…dalam hal ini GISBH adalah (di bawah) kuasa polis kerana kami bukan agensi utama yang menangkap dan menyiasat,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Penyerahan Tajaan Yayasan Kebajikan Negara dan Bintulu Port Holdings Berhad di lobi Hospital Bintulu di sini hari ini.
Menteri itu berkata demikian sebagai mengulas reaksi beberapa pihak yang mempersoal kenyataan serta tindakannya yang dianggap berat sebelah mengenai isu ‘Abang Bas’ dan GISB.
“Jadi GISB berbeza daripada ‘Abang Bas’ kerana kita nak pastikan kanak-kanak (dalam hantaran media sosial TikTok) itu dilindungi dan saya tahu banyak badan bukan kerajaan nak tolong kita tapi kita cakap tunggu dulu sebab ini bukan kes biasa,” katanya.
Pada 5 Sept lepas, seorang pengguna media sosial X berkongsi tangkap layar hantaran TikTok milik seorang pemandu bas sekolah atau ‘Abang Bas’ yang merujuk seorang murid perempuan sebagai “crush” dan “kesayangan”.
Susulan itu, Nancy mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis terhadap pemandu bas berkenaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.