TINDAKAN PEMIMPIN UMNO TANDING PARTI LAIN TIDAK PATUT BERLAKU – MAHDZIR
Beliau berkata keputusan penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga telah melanggari perlembagaan parti.
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid mengadakan sidang media pada Majlis ramah mesra bersama guru KAFA dan Jawatankuasa Masjid Padang Terap di Dewan SMK Kuala Nerang hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA NERANG: Tindakan dua pemimpin UMNO yang akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 Nov ini tidak sepatutnya berlaku, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata keputusan penyandang kerusi Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan penyandang kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abd Muttalib juga telah melanggari perlembagaan parti.
“Saya fikir ini satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku, tapi ada yang dah berlaku, jadi ada sesuatu yang tidak berapa menariklah sebab ada yang telah membuat keputusan yang begitu drastik.
“Dalam institusi politik ini realiti macam itulah (harus berjiwa besar jika tidak dipilih sebagai calon pilihan raya),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama guru-guru KAFA dan jawatankuasa masjid daerah Padang Terap di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan dua bekas anggota Kabinet itu yang diumumkan akan bertanding atas tiket PN pada PRU15 oleh Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Terengganu di Marang, Terengganu, malam tadi.
Mahdzir berkata dalam perlembagaan parti, sudah jelas dinyatakan mengenai peraturan dan hukuman bagi ahli yang melakukan kesalahan tertentu.
Ditanya sama ada kedua-dua pemimpin itu telah terlucut keahlian mereka dalam UMNO, beliau berkata perkara itu sudah terkandung di dalam perlembagaan parti namun enggan mengulas lanjut dan menegaskan tumpuan adalah ke arah memenangi pilihan raya nanti.
Shahidan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Ismail sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menang kerusi masing-masing atas tiket Barisan Nasional pada PRU14 lepas.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka digugurkan sebagai calon bagi PRU15 dan digantikan oleh Datuk Rozabil Abd Rahman sebagai calon di Parlimen Arau manakala Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin di Parlimen Maran.-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager