JAMBATAN DI BUKIT SETONGKOL, KUANTAN RUNTUH

KUANTAN: Jambatan berusia hampir 30 tahun yang sering digunakan penduduk Bukit Setongkol Perdana, Bukit Setongkol di sini runtuh pagi tadi namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden itu. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata kejadian dipercayai berlaku akibat hakisan tanah di bawah jambatan tersebut akibat hujan berterusan. 

“Bomba telah melakuan pemantauan di lokasi bagi memastikan orang awam menjauhi kawasan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota telah digerakkan ke lokasi kejadian setelah pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada 8.42 pagi.

Seorang penduduk M. Paramasivam, 46, berkata beliau hanya menyedari kejadian itu pada 7 pagi tadi sebelum menghubungi ketua kampung untuk memaklumkan keadaan jambatan yang tidak selamat untuk digunakan. 

“Tindakan menutup ruang tersebut dengan tali telah dilakukan kerana bimbang kanak-kanak bermain di kawasan itu,” katanya.

Sementara itu, penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota yang juga Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, laporan telah dibuat kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan dengan laluan juga telah ditutup pihak bomba bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.–AlHijrah Online

Leave a Reply