Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HADIAH KERETA BUAT IBU TUNGGAL, ANAK OKU BUTA

DALAM NEGARA

HADIAH KERETA BUAT IBU TUNGGAL, ANAK OKU BUTA

Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) buta.

Sumber Gambar: Facebook Ebit Lew & Kosmo

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew menghadiahkan sebuah kereta kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) buta.

Azimah Rahim, 37, sebelum ini tular gambarnya di media sosial sedang bekerja sebagai penghantar makanan sambil mengendong anaknya, Nurainul Zahirah Rashidi, 6, dengan menaiki motosikal.

Ebit dalam hantaran di Facebook menghadiahkan Azimah sebuah kereta jenis Perodua Viva bagi memudahkannya untuk mencari rezeki.

“Sebak sayu hati bila ziarah akak ini tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya.

“Syukur pada Allah, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading