Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UK ‘TIADA RANCANGAN’ PINDAHKAN KEDUTAAN KE BAITULMAQDIS

DUNIA

UK ‘TIADA RANCANGAN’ PINDAHKAN KEDUTAAN KE BAITULMAQDIS

Kerajaan baharu Britain diketuai Perdana Menteri Rishi Sunak pada Khamis buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memindahkan Kedutaan United Kingdom (UK) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

LONDON: Kerajaan baharu Britain diketuai Perdana Menteri Rishi Sunak pada Khamis buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memindahkan Kedutaan United Kingdom (UK) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Idea itu disuarakan semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri Liz Truss dan beliau mengarahkan semakan mengenai perkara itu dilakukan, lapor Agensi Anadolu.

“Ia telah disemak. Tiada rancangan untuk memindahkan kedutaan Britain,” kata jurucakap kerajaan kepada pemberita.

Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mengucapkan terima kasih kepada pepimpinan baharu itu dan berpendapat persoalan mengenai lokasi Kedutaan UK tidak sepatutnya timbul sejak dari awal lagi.

“Kami menyeru kerajaan British memainkan peranan aktif, mengiktiraf negara Palestin, mengesahkan sokongan UK terhadap hak pelarian Palestin, mengharamkan semua barangan dan produk daripada penempatan di wilayah yang diduduki dan mengenakan sekatan terhadap syarikat yang mengaut keuntungan,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading