TITAH SULTAN SELANGOR BERHUBUNG USAHA PERKUKUH AKIDAH, IMAN DILAKSANAKAN SEGERA – MOHD NA’IM
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
PUTRAJAYA: Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menteri berkenaan Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agensi di bawahnya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam bagi memperhebat usaha dakwah kefahaman Islam dan pengukuhan akidah.
Beliau berkata JAKIM turut aktif bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara untuk menganjurkan program Dialog Harmoni yang mempromosikan perpaduan dalam negara.
“Pada masa sama, platform Mesyuarat Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama akan digunakan untuk memperkukuh keharmonian dan interaksi antara umat Islam dan masyarakat bukan Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjunjung titah Sultan Sharafuddin berkaitan isu cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan orang bukan Islam.
Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam.
Baginda mengingatkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya menganuti pelbagai agama dan kepercayaan, memerlukan toleransi dalam beragama yang tidak seharusnya dikompromi.
Selaku Ketua Agama Islam di Selangor, baginda berpandangan cadangan garis panduan itu dibuat pada waktu yang tidak bersesuaian iaitu ketika rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah pelbagai kaum dan agama demi mengukuhkan perpaduan nasional.
Sultan Sharafuddin turut menasihati umat Islam khususnya di Selangor agar sentiasa berusaha memperkukuh akidah dan iman masing-masing serta mengingatkan setiap rakyat supaya menghormati dan memperakui bahawa Islam adalah agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager