Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TOKOH TERMUKA PERANCIS GESA TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP ISLAMOPHOBIA

DUNIA

TOKOH TERMUKA PERANCIS GESA TINDAKAN DIAMBIL TERHADAP ISLAMOPHOBIA

PARIS : Berpuluh-puluh ahli akademik, artis, pengarah filem, aktor dan wartawan semalam menggesa Presiden Perancis, Emmanuel Macron agar mengutuk tindakan seorang penggubal undang-undang pelampau kanan yang telah menyerang seorang wanita Islam secara lisan, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Menurut surat terbuka yang disiarkan dalam akhbar harian Le Monde, 90 orang termasuk aktor Omar Sy dan wartawan Alain Gresh menggesa Macron agar mengutuk Julien Odoul yang mengarahkan seorang wanita Islam menanggalkan tudungnya pada satu mesyuarat majlis serantau baru-baru ini.

Sambil menegaskan bahawa perbuatan menghina orang lain dan mengamalkan sikap perkauman disebabkan agama mereka adalah sesuatu yang tidak boleh diterima surat itu menggesa presiden tersebut mengambil tindakan terhadap tingkah laku kontroversi penggubal undang-undang terbabit.

Di samping itu ia berkata, puak pelampau kanan di Perancis telah menjadikan kebencian mereka terhadap umat Islam sebagai suatu alat propaganda dan menekankan bahawa kedua-dua pihak kanan dan kiri di negara itu tidak menghalang tindakan diskriminasi terhadap wanita Islam atas alasan sekularisme.

Menurut surat itu, kenyataan lampau Menteri Pendidikan, Jean-Michel Blanquer berhubung pemakaian tudung membuktikan terdapat diskriminasi oleh tokoh-tokoh negara di peringkat atasan. — Bernama


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading